KKM perketat saringan warga asing susulan kes malaria di Terengganu
MELAKA: Kementerian Kesihatan (KKM) mempertingkat langkah kawalan termasuk saringan bersasar terhadap warga asing susulan pengesanan 17 kes malaria di Terengganu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ini kerana hampir semua kes penularan wabak berkenaan yang direkodkan adalah mempunyai kaitan dengan golongan terbabit. "Kita juga menjalankan saringan malaria secara bersasar terhadap warga asing, manakala rawatan dan pengurusan pesakit pula dilaksanakan sep
MELAKA: Kementerian Kesihatan (KKM) mempertingkat langkah kawalan termasuk saringan bersasar terhadap warga asing susulan pengesanan 17 kes malaria di Terengganu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ini kerana hampir semua kes penularan wabak berkenaan yang direkodkan adalah mempunyai kaitan dengan golongan terbabit. "Kita juga menjalankan saringan malaria secara bersasar terhadap warga asing, manakala rawatan dan pengurusan pesakit pula dilaksanakan sepenuhnya oleh KKM bagi memastikan penularan dapat dikawa. "Langkah pantas dan kerjasama pelbagai agensi penting bagi memutuskan rantaian jangkitan malaria di kawasan terbabit," katanya selepas menyempurnakan majlis menutup Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat KKM di AEON Bandaraya Melaka, di sini hari ini. Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengeluarkan amaran tinggi susulan peningkatan kes malaria dalam kalangan warga Rohingya di negeri itu. Sektor Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) setakat ini menerima 17 kes malaria dengan 10 daripadanya membabitkan jangkitan malaria jenis Plasmodium vivax dalam kalangan warga Rohingya kategori import dengan kes terbaru dikesan di daerah Dungun dan Kuala Nerus. Hasil siasatan mendapati semua kes berkenaan dipercayai membabitkan individu yang memasuki negara ini secara tidak sah, selain maklumat berkaitan pergerakan mereka sukar diperoleh. Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, daripada jumlah kes terbabit, sebanyak 14 kes membabitkan jangkitan daripada manusia, manakala tiga lagi berpunca daripada sumber zoonotik atau haiwan. Serentak itu, katanya, pelbagai langkah sedang dilaksanakan termasuk pengesanan kes secara aktif, pengawasan lapangan dan mekanisme amaran awal antara agensi yang berkaitan. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →