Bekas ketua kerajaan Tibet dihukum penjara seumur hidup
BEIJING: Bekas ketua kerajaan wilayah autonomi Tibet, Che Dalha, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan rasuah, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua, hari ini. Che Dalha atau Qizhala, 67, yang berketurunan Tibet, didapati menerima wang dan manfaat secara haram melebihi 158 juta yuan (RM103 juta) antara 1999 hingga 2025 ketika berkhidmat di wilayah sempadan barat daya China iaitu Tibet dan Yunnan, selain beberapa jawatan di Beijing. Mahkamah di bandar Chongqin
BEIJING: Bekas ketua kerajaan wilayah autonomi Tibet, Che Dalha, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan rasuah, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua, hari ini. Che Dalha atau Qizhala, 67, yang berketurunan Tibet, didapati menerima wang dan manfaat secara haram melebihi 158 juta yuan (RM103 juta) antara 1999 hingga 2025 ketika berkhidmat di wilayah sempadan barat daya China iaitu Tibet dan Yunnan, selain beberapa jawatan di Beijing. Mahkamah di bandar Chongqing, barat daya China, mendapati beliau menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh habuan terbabit sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Parti Komunis di ibu kota Tibet, Lhasa, sebelum dilantik sebagai Pengerusi Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet, jawatan kedua tertinggi di wilayah itu selepas Setiausaha Parti Komunis wilayah. Badan pemantau antirasuah China mengumumkan siasatan terhadap Che Dalha pada Januari tahun lalu . Enam bulan kemudian, beliau secara rasmi dipecat daripada jawatan awam dan keanggotaan Parti Komunis China. Menurut mahkamah, Che Dalha menggunakan kedudukan rasminya untuk membantu individu dan organisasi dalam urusan pembangunan hartanah, kontrak projek, kelulusan pentadbiran serta kenaikan pangkat, sebagai balasan menerima wang, hartanah dan barangan berharga. Mahkamah memutuskan tindakannya menyebabkan kerugian yang amat serius terhadap kepentingan negara dan rakyat. Selain hukuman penjara seumur hidup, beliau turut dilucutkan hak politik sepanjang hayat dan semua aset peribadinya turut dirampas. Media kerajaan melaporkan, Che Dalha mengaku bersalah serta menyatakan penyesalan sepanjang prosiding mahkamah. Sejak Xi Jinping mengambil alih kepimpinan China pada 2012, Beijing memperkukuh kawalan institusi di Tibet. Kumpulan hak asasi manusia dan komuniti buangan Tibet menyifatkan pemerintahan China di wilayah itu sebagai menindas, dakwaan yang berulang kali ditolak Beijing. – AGENSI © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →