Tular lelaki dakwa asal Myanmar milik MyKad, JPN buat laporan polis
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang mendakwa berasal dari Mynamar mengakui mempunyai MyKad. JPN dalam perkongsian hantaran di Faceboook memaklumkan, laporan polis itu dibuat untuk siasatan lanjut pihak berkuasa susulan penularan video berkenaan serta bagi mengelakkan kekeliruan, spekulasi dan kegusaran awam. Menurutnya, pihaknya memandang serius sebarang dakwaan membabitkan p
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang mendakwa berasal dari Mynamar mengakui mempunyai MyKad. JPN dalam perkongsian hantaran di Faceboook memaklumkan, laporan polis itu dibuat untuk siasatan lanjut pihak berkuasa susulan penularan video berkenaan serta bagi mengelakkan kekeliruan, spekulasi dan kegusaran awam. Menurutnya, pihaknya memandang serius sebarang dakwaan membabitkan pemilikan MyKad atau status warganegara seorang individu. Bagaimanapun, perkongsian itu memaklumkan, JPN tidak boleh mengesahkan status kewarganegaraan seseorang atau menjalankan tindakan lanjut hanya berdasarkan rakaman video tular di media sosial. "Sebarang pengesahan hanya boleh dibuat melalui semakan rekod rasmi dan siasatan terperinci mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa. "Ketika ini, identiti sebenar individu berkenaan masih belum dapat dikenal pasti dan tiada maklumat lengkap yang boleh digunakan bagi tujuan pengesanan atau tindakan lanjut oleh JPN," katanya di sini, hari ini. Sehubungan itu, JPN sudah memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan individu terbabit dan mengenal pasti identiti sebenar pemilik akaun terbabit. Katanya, pihaknya turut memohon kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu mengesan sumber asal penyebaran kandungan berkenaan serta mengenal pasti pihak yang terbabit dalam penyebarannya. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mendapatkan fakta sebenar. Berdasarkan perkongsian itu, laporan polis berhubung video tular berkenaan dibuat di Balai Presint 7, Putrajaya, hari ini. Terdahulu, sebuah akaun Tiktok berkongsi video seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui memiliki MyKad. Pemilik akaun berkenaan mempersoalkan perkara itu sama ada individu berkenaan memilik MyKad palsu atau kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atau lelaki itu salah faham antara dokumen izin kerja permit dengan MyKad warganegara atau sebaliknya. "Undang-undang ketat pihak berkuasa seperti JPN selalu menegaskan warga asing tidak boleh sewenang-wenangnya mendapatkan IC (MyKad) biru. "Kalau betul dia ada IC, pihak Imigresen atau pihak berwajib perlu segera selidik isu ini supaya tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tempatan," katanya dalam perkongsian video itu. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →