EITA Resources menang kontrak pusat data di Johor
KUALA LUMPUR: EITA Resources Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, EITA Power System Sdn Bhd meraih kontrak berkaitan pusat data bernilai RM40.92 juta di Johor. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, EITA Resources berkata EITA Power menerima surat lantikan daripada pelanggan yang tidak didedahkan untuk membekal dan menghantar sistem busduct bagi projek pusat data berkenaan. Katanya, tempoh pelaksanaan kontrak itu adalah dari Mei hingga September 2026. Lembaga pe
KUALA LUMPUR: EITA Resources Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, EITA Power System Sdn Bhd meraih kontrak berkaitan pusat data bernilai RM40.92 juta di Johor. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, EITA Resources berkata EITA Power menerima surat lantikan daripada pelanggan yang tidak didedahkan untuk membekal dan menghantar sistem busduct bagi projek pusat data berkenaan. Katanya, tempoh pelaksanaan kontrak itu adalah dari Mei hingga September 2026. Lembaga pengarah menjangkakan kontrak tersebut akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026. -BERNAMA © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →