Ferrari beri amaran awal di Monaco

💻 Teknoloji 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Ferrari beri amaran awal di Monaco

MONACO: Ferrari memulakan hujung minggu Grand Prix (GP) Monaco dengan langkah positif apabila Charles Leclerc mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas pertama, hari ini. Pelumba tuan rumah itu menceriakan penyokong tempatan selepas merekodkan catatan satu minit 13.978 saat (s) untuk mengatasi rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang menamatkan sesi di tempat kedua. Leclerc, pemenang GP Monaco 2024 dan naib juara musim lalu, dilihat berada dalam prestasi terbaik ketika

MONACO: Ferrari memulakan hujung minggu Grand Prix (GP) Monaco dengan langkah positif apabila Charles Leclerc mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas pertama, hari ini. Pelumba tuan rumah itu menceriakan penyokong tempatan selepas merekodkan catatan satu minit 13.978 saat (s) untuk mengatasi rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang menamatkan sesi di tempat kedua. Leclerc, pemenang GP Monaco 2024 dan naib juara musim lalu, dilihat berada dalam prestasi terbaik ketika Ferrari cuba memanfaatkan kelebihan litar jalan raya Monaco yang berliku dan kurang bergantung kepada kuasa enjin. Hamilton pula, yang masih memburu kemenangan pertamanya bersama Ferrari sejak menyertai pasukan itu musim lalu, ketinggalan 0.226s di belakang Leclerc. Juara dunia empat kali dari Red Bull, Max Verstappen, mencatat masa ketiga terpantas, 0.513s di belakang Leclerc. Pendahulu kejuaraan, Kimi Antonelli dari Mercedes berada di tempat keempat dengan ketinggalan 0.559s, manakala rakan sepasukannya George Russell melengkapkan kelompok lima terbaik. Penyandang juara, Lando Norris, sekadar mencatat masa keenam terpantas. © New Straits Times Press (M) Bhd

#app

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön