Berkuat kuasa serta-merta, Perak larang dayhike di tujuh laluan gunung berisiko

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Berkuat kuasa serta-merta, Perak larang dayhike di tujuh laluan gunung berisiko

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak (JPNPk) melarang kegiatan pendakian secara 'dayhike' atau 'compressed hike' di beberapa laluan lajur pendakian atau 'trans' berisiko di negeri ini berkuat kuasa serta-merta. 'Dayhike' merujuk kepada aktiviti mendaki khususnya di laluan hutan yang diselesaikan dalam tempoh sehari sahaja, manakala 'compressed hike' merujuk kepada aktiviti pendakian yang dilakukan dalam tempoh masa yang dipadatkan berbanding jadual biasa. JPNPk menerusi notis yang

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak (JPNPk) melarang kegiatan pendakian secara 'dayhike' atau 'compressed hike' di beberapa laluan lajur pendakian atau 'trans' berisiko di negeri ini berkuat kuasa serta-merta. 'Dayhike' merujuk kepada aktiviti mendaki khususnya di laluan hutan yang diselesaikan dalam tempoh sehari sahaja, manakala 'compressed hike' merujuk kepada aktiviti pendakian yang dilakukan dalam tempoh masa yang dipadatkan berbanding jadual biasa. JPNPk menerusi notis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi jabatan itu hari ini berkata, laluan pandakian Trans Spencer Chapman iaitu membabitkan laluan Gunung Bar Gading-Gunung Kak-Gunung Batu Putih ditetapkan tempoh minima pendakian selama lima hari. Katanya, tempoh minimum lima hari juga diperlukan bagi Trans Titiwangsa V1 iaitu membabitkan Gunung Korbu-Gunung Gayong-Gunung Yong Belar. JPNPk berkata, ketetapan itu adalah selepas mengambil kira penilaian risiko semasa dan kesesuaian bentuk muka bumi di lapangan. "Kegagalan terhadap pematuhan arahan ini boleh mengakibatkan ID (pengenalan diri) MGP (Malim Gunung Perhutanan) yang terbabit dibekukan dan akan disenarai hitam daripada MGP Perak berkuat kuasa serta-merta bagi tempoh enam bulan atau lebih, mengikut kesesuaian," menurut notis itu. Selain Trans Spencer Chapman dan Trans Titiwangsa V1, laluan lain ditetapkan antara tiga hingga empat hari. Trans yang ditetapkan empat hari tempoh pendakian minimum adalah Trans Beratih (Bukit Berapit-Gunung Rayu-Gunung Batu Putih, manakala, Trans yang ditetapkan tempoh pendakian minimum tiga hari adalah Trans Korga (Gunung Korbu-Gunung Gayong), Trans Jerging (Gunung Suku-Gunung Irau) dan Trans Batu (Gunung Batu Putih-Gunung Batu Bujang-Gunung Kak-Gunung Batu Dara). Turut ditetapkan minimum tiga hari pendakian adalah Trans Slim (Gunung Liang East / West-Gunung Chondong Geliting-Gunung Tumang Batak). Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh melayari portal rasmi JPNP di https://www.perakforestry.gov.my. Terdahulu, media melaporkan kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih, Tapah ketika bersama 13 pendaki lain menyertai pendakian di Trans Spencer Chapman bermula jam 2 pagi 23 Mei lalu, sebelum dilaporkan hilang sehari selepas itu. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön