Ringgit jatuh kepada RM4.02 sedolar dalam ketidaktentuan geopolitik berterusan

💰 Ekonomi 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Ringgit jatuh kepada RM4.02 sedolar dalam ketidaktentuan geopolitik berterusan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur berikutan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan di Asia Barat serta kenaikan harga bahan api. Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.0280/0320 berbanding dolar AS daripada 4.0095/0140 ketika ditutup pada Khamis. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kebuntuan dalam rundin

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur berikutan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan di Asia Barat serta kenaikan harga bahan api. Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.0280/0320 berbanding dolar AS daripada 4.0095/0140 ketika ditutup pada Khamis. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kebuntuan dalam rundingan antara AS dan Iran berpotensi mengekalkan harga bahan api pada paras tinggi serta meningkatkan tekanan inflasi. Beliau berkata, pihak berkuasa di seluruh Asia turut mengulangi komitmen masing-masing untuk menstabilkan mata wang negara mereka dalam keadaan pasaran yang semakin tidak menentu. Katanya, pasangan mata wang dolar AS-yen Jepun juga telah melepasi paras psikologi 160 yen, sekali gus mendorong kerajaan Jepun memberi isyarat kesediaan untuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing, manakala India sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan cukai keuntungan modal ke atas bon bagi menarik pelabur asing. "Justeru, pasaran mata wang dijangka terus bergerak secara berhati-hati," katanya kepada Bernama. Ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dunia. Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4233/4287 daripada 5.3872/3932, merosot berbanding euro kepada 4.6882/6928 daripada 4.6610/6663, serta lemah berbanding yen Jepun kepada 2.5183/5209 daripada 2.5081/5111 ketika ditutup semalam. Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang serantau. Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1390/1424 daripada 3.1241/1279, dan lemah berbanding baht Thailand kepada 12.3433/3605 daripada 12.2708/2903. Mata wang tempatan turut merosot berbanding peso Filipina kepada 6.55/6.56 daripada 6.50/6.52, selain susut berbanding rupiah Indonesia kepada 223.3/223.6 daripada 222.1/222.4 ketika ditutup pada Khamis. -- BERNAMA © New Straits Times Press (M) Bhd

#ekonomi#dolar#euro

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön