Tanyalah Emma sendiri - Chacha Maembong enggan ulas hubungan kakak dengan DJ Kidd

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Tanyalah Emma sendiri - Chacha Maembong enggan ulas hubungan kakak dengan DJ Kidd

PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong enggan mengulas mengenai hubungan kakak, Emma Maembong dengan DJ Kidd yang didakwa kembali terjalin selepas foto mereka tular dalam media sosial. Chacha berkata, perkara itu lebih wajar dijelaskan Emma kerana dia tidak tahu keadaan sebenar hubungan pasangan berkenaan. "Saya tidak tahu mengenai dakwaan itu kerana belum sempat berjumpa Emma berikutan masing-masing sibuk. "Saya fikir lebih baik tanya tuan badan sendiri. Dari awal sampai sek

PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong enggan mengulas mengenai hubungan kakak, Emma Maembong dengan DJ Kidd yang didakwa kembali terjalin selepas foto mereka tular dalam media sosial. Chacha berkata, perkara itu lebih wajar dijelaskan Emma kerana dia tidak tahu keadaan sebenar hubungan pasangan berkenaan. "Saya tidak tahu mengenai dakwaan itu kerana belum sempat berjumpa Emma berikutan masing-masing sibuk. "Saya fikir lebih baik tanya tuan badan sendiri. Dari awal sampai sekarang, semua orang bertanya kepada saya mengenai Emma. "Jadi, saya fikir sudah tiba masanya untuk tanya dia sendiri kerana saya bukan bersama Emma 24 jam sehari. "Kami masing-masing sibuk. Bukanlah tidak berhubung langsung, tetapi kalau berjumpa sekalipun kami hanya bercakap mengenai keluarga atau perkara lain, bukan mengenai gosip membabitkan dirinya," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan khas siri Griya di sini, petang tadi. Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenar, Siti Aishah Ismail, 29, berkata sebagai adik, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat kakaknya. "Sebagai adik, tentulah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak saya. "Saya sentiasa menyokongnya walaupun dalam kehidupan ini ada pasang surut. Apa pun yang berlaku, dia tetap kakak saya dan saya akan sentiasa berada di belakangnya," katanya. Beberapa hari lalu, foto Emma bersama DJ Kidd kembali tular dalam media sosial selepas dikongsi seorang individu. Perkongsian itu mengundang perhatian ramai susulan kenyataan DJ Kidd, April lalu, yang dilapor memaklumkan hubungan cintanya dengan Emma sudah berakhir. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön