Hakim Danish mampu buru kejuaraan dunia - Kasma

💻 Teknoloji 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Hakim Danish mampu buru kejuaraan dunia - Kasma

KUALA LUMPUR: "Dengan gaya (tunggangan) dia sekarang, saya rasa bukan setakat menang podium, malah dia boleh bersaing untuk kejuaraan keseluruhan." Demikian pandangan bekas pelumba Moto2 negara di Kejohanan Motosikal Dunia, Kasma Daniel Kasmayudin yang yakin dengan kemampuan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli untuk bersaing merebut kejuaraan keseluruhan pada perlumbaan paling berprestij di dunia itu. Kasma berkata, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu sudah berada di

KUALA LUMPUR: "Dengan gaya (tunggangan) dia sekarang, saya rasa bukan setakat menang podium, malah dia boleh bersaing untuk kejuaraan keseluruhan." Demikian pandangan bekas pelumba Moto2 negara di Kejohanan Motosikal Dunia, Kasma Daniel Kasmayudin yang yakin dengan kemampuan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli untuk bersaing merebut kejuaraan keseluruhan pada perlumbaan paling berprestij di dunia itu. Kasma berkata, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu sudah berada di landasan tepat untuk mencipta sejarah dan hanya perlu mengekalkan momentum pada setiap pusingan perlumbaan. Hakim Danish mencipta sensasi apabila menduduki tempat ketiga pada perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello, minggu lalu yang juga podium sulungnya pada perlumbaan berprestij itu. "Bagi saya prestasi Hakim Danish tahun ini memang agak baik. Kita nampak perkembangannya bermula dari pasukan ZK Racing. "Saya tahu macam mana sistem latihan ZK, jadi jalan yang dia lalui untuk melangkah lebih jauh itu sudah betul. "Kejayaan dia dapat podium tempat ketiga tempoh hari adalah satu kebanggaan untuk kita rakyat Malaysia. "Kita tahu di GP (Grand Prix Dunia) memang sukar untuk bersaing di (kelompok) depan, tapi dia sudah selalu ada dalam kelompok tiga teratas semasa sesi kelayakan. Saya harap dia kekalkan momentum dan terus berjuang," kata Kasma ketika ditemui media selepas majlis kerjasama RCB x UMA Racing bersama duta baharu mereka bagi musim 2026, semalam. Kasma berkata, Hakim Danish adalah pelumba agak berbeza berbanding pelumba lain kerana dia sangat bekerja keras demi memenuhi impiannya. "Apa yang saya tahu, dulu dia memang tiada telefon bimbit sebab dia hanya fokus kepada latihan sahaja. "Zaman kami dulu mungkin ramai yang cari telefon atau media sosial, tapi dia berbeza. "Saya nampak karakter dia sebagai pelumba memang berbeza dan dia sangat rajin. Dia tahu apa yang perlu dibuat bersama pengurusnya, Zulfahmi Khairuddin," katanya. Selepas tujuh pusingan perlumbaan, Hakim Danish ketika ini menduduki tempat ke-11 dengan mengumpul 44 mata dan akan meneruskan misinya pada pusingan kelapan di GP Hungary bermula hari ini sehingga Ahad ini. Kasma pula musim ini meneruskan saingan di Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) bersama pasukan Hong Leong Yamaha Racing dan sedang mendahului kedudukan pelumba kelas 600cc dengan mengumpul 72 mata. Kasma adalah juara bertahan bagi kelas itu. © New Straits Times Press (M) Bhd

#telefon

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön