Robertson sah ke Tottenham
LONDON: Tottenham Hotspur mengesahkan bek kiri Scotland, Andy Robertson kini menyertai kelab secara perpindahan percuma selepas pemain itu meninggalkan Liverpool sejurus kontraknya tamat. Pemain berusia 32 tahun itu menamatkan sembilan tahun karier gemilang bersama The Reds yang menyaksikannya memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali, Piala FA, dua Piala Liga serta menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2019. Robertson sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan L
LONDON: Tottenham Hotspur mengesahkan bek kiri Scotland, Andy Robertson kini menyertai kelab secara perpindahan percuma selepas pemain itu meninggalkan Liverpool sejurus kontraknya tamat. Pemain berusia 32 tahun itu menamatkan sembilan tahun karier gemilang bersama The Reds yang menyaksikannya memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali, Piala FA, dua Piala Liga serta menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2019. Robertson sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan Liverpool pada April lalu, sekali gus membuka jalan buat Tottenham mendapatkan khidmat pemain berpengalaman itu bagi memperkukuh skuad mereka. Pengendali Tottenham, Roberto De Zerbi menyifatkan Robertson sebagai pemain yang memiliki kualiti teknikal tinggi, berpengalaman luas serta mempunyai mentaliti pemenang yang mampu memberi impak besar kepada pasukan. "Andy adalah pemain yang saya kagumi sejak sekian lama. Dia membawa kualiti teknikal luar biasa, pengalaman, kepimpinan dan mentaliti ke dalam pasukan kami. "Dia pemain yang terbukti berjaya di peringkat tertinggi untuk tempoh yang panjang dan boleh menjadi pemain penting, di dalam dan luar padang," katanya dalam satu kenyataan. Ketua pengarah sukan Tottenham, Johan Lange pula menyifatkan Robertson sebagai antara bek kiri terbaik pernah beraksi di EPL, selain menekankan kualiti kepimpinan yang dimilikinya. "Dia adalah bek kiri yang luar biasa dan antara yang terbaik sepanjang zaman di EPL. Kualiti, karakter dan kepimpinannya jelas sepanjang kariernya yang sarat dengan kejayaan," katanya. Robertson dijangka menyertai skuad Tottenham selepas menamatkan tugas bersama Scotland di Piala Dunia yang akan bermula minggu depan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Sepanjang bersama Liverpool, Robertson bukan sahaja dikenali dengan aksi bertenaga di bahagian pertahanan, malah turut mencatat 14 gol dan 69 bantuan jaringan, menjadikannya antara bek kiri paling menyerlah era moden EPL. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →