Wanita putus kaki kiri kenderaan terbabas di LPT2

🏥 Sağlık 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Wanita putus kaki kiri kenderaan terbabas di LPT2

DUNGUN: Seorang wanita putus kaki kiri selepas kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, dekat sini, petang tadi. Mangsa yang cedera parah itu adalah seorang wanita berusia 57 tahun dan menaiki Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Proton X70. Sebelum kejadian, kenderaan terbabit yang dinaiki seorang lelaki dan empat lagi dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu mengh

DUNGUN: Seorang wanita putus kaki kiri selepas kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, dekat sini, petang tadi. Mangsa yang cedera parah itu adalah seorang wanita berusia 57 tahun dan menaiki Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Proton X70. Sebelum kejadian, kenderaan terbabit yang dinaiki seorang lelaki dan empat lagi dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Pegawai Bomba Kanan II, Nor Hazamullah Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu, kira-kira jam 5.41 petang. Menurutnya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kenderaan terbabit terbabas di lokasi kejadian. "Mangsa yang putus kaki kiri dari paras lutut ke bawah itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba. "Bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan," katanya. Nor Hazamullah berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. "Empat lagi mangsa di dalam kenderaan itu turut cedera dan dihantar ke Hospital yang sama untuk menerima rawatan," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd

#hospital

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön