Well Chip kumpul terbitan hak RM120 juta biaya pengembangan kedai pajak gadai baharu
KUALA LUMPUR: Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja. Terbitan hak itu akan dibuat berdasarkan satu saham hak bagi setiap lima saham sedia ada yang dipegang. Menurut syarikat pemegang pelaburan itu, cadangan terbitan hak berkenaan dijangka mengumpul antara RM60.8 juta dan RM120 juta berdasarkan harga terbitan RM1.00 bagi set
KUALA LUMPUR: Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja. Terbitan hak itu akan dibuat berdasarkan satu saham hak bagi setiap lima saham sedia ada yang dipegang. Menurut syarikat pemegang pelaburan itu, cadangan terbitan hak berkenaan dijangka mengumpul antara RM60.8 juta dan RM120 juta berdasarkan harga terbitan RM1.00 bagi setiap saham hak. Menurutnya, hasil yang diperoleh akan disalurkan untuk mengembangkan rangkaian pajak gadai baharu dalam tempoh 24 bulan manakala baki dana itu akan digunakan sebagai modal kerja dalam tempoh 12 bulan. "Cadangan terbitan hak itu akan membolehkan syarikat mengumpul dana yang diperlukan tanpa menanggung perbelanjaan faedah tambahan berbanding melalui pinjaman bank. "Lembaga pengarah menjangkakan cadangan terbitan hak itu akan diselesaikan dan dilaksanakan menjelang suku keempat 2026," menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia. CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd telah dilantik sebagai penasihat utama bagi terbitan hak yang dicadangkan itu. -BERNAMA © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →