Alam Maritim dibebaskan awal daripada status PN17

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Alam Maritim dibebaskan awal daripada status PN17

KUALA LUMPUR: Alam Maritim Resources Bhd (AMRB) menerima kelulusan rasmi Bursa Malaysia bagi penamatan awal status Nota Amalan 17 (PN17) syarikat yang berkuat kuasa pada 8 Jun 2026. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, AMRB memaklumkan perkara itu adalah susulan daripada pengumuman bertarikh 18 Mei 2026, mengenai permohonan kepada pengawal selia pasaran bagi tujuan penamatan awal status PN17 AMRB mengikut Perenggan 8.04(8) Keperluan Penyenaraian. "Bagi pihak Lembag

KUALA LUMPUR: Alam Maritim Resources Bhd (AMRB) menerima kelulusan rasmi Bursa Malaysia bagi penamatan awal status Nota Amalan 17 (PN17) syarikat yang berkuat kuasa pada 8 Jun 2026. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, AMRB memaklumkan perkara itu adalah susulan daripada pengumuman bertarikh 18 Mei 2026, mengenai permohonan kepada pengawal selia pasaran bagi tujuan penamatan awal status PN17 AMRB mengikut Perenggan 8.04(8) Keperluan Penyenaraian. "Bagi pihak Lembaga Pengarah, Berjaya Securities memaklumkan bahawa Bursa Malaysia menerusi surat bertarikh 5 Jun 2026 telah meluluskan permohonan bagi penamatan awal status AMRB sebagai penerbit yang diklasifikasikan di bawah PN17," menurutnya. Mengikut rekod, Berjaya Securities merupakan penasihat utama bagi pelan regularisasi AMRB. Pada 1 November 2022, AMRB telah diklasifikasikan di bawah PN17 selepas memenuhi kriteria ditetapkan mengikut Perenggan 8.04 dan Perenggan 2.1(d) PN17 dalam Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia. Kriteria PN17 itu dicetuskan selepas pihak juruaudit luar AMRB, Baker Tilly Monteiro Heng PLT, menyatakan penafian pendapat terhadap penyata kewangan beraudit syarikat bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2022 sepertimana diumumkan pada 31 Oktober 2022. -BERNAMA © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön