Nasution Mohamed dilantik sebagai Pengerusi baharu Velesto Energy
KUALA LUMPUR: Velesto Energy Bhd melantik Nasution Mohamed sebagai Pengerusi berkuat kuasa hari ini. Nasution pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas Group of Companies, jawatan yang disandangnya sejak Ogos 2025 Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Velesto Energy menyatakan Nasution memiliki lebih 30 tahun pengalaman kepimpinan kanan dalam pelbagai industri, termasuk telekomunikasi, kewangan, pajakan pesawat, pembangunan hartanah dan opera
KUALA LUMPUR: Velesto Energy Bhd melantik Nasution Mohamed sebagai Pengerusi berkuat kuasa hari ini. Nasution pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas Group of Companies, jawatan yang disandangnya sejak Ogos 2025 Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Velesto Energy menyatakan Nasution memiliki lebih 30 tahun pengalaman kepimpinan kanan dalam pelbagai industri, termasuk telekomunikasi, kewangan, pajakan pesawat, pembangunan hartanah dan operasi lebuh raya. Jawatan Nasution sebelum ini termasuk sebagai Ketua Pegawai Operasi Digital Nasional Bhd, Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Maxis Bhd, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Bhd dan Pengarah Eksekutif UDA Holdings Bhd. "Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perdagangan dari Universiti New South Wales, Australia, dan Felow Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand," tambahnya. Semalam, Velesto Energy mengumumkan persaraan Pengerusinya Mohd Rashid Mohd Yusof, susulan berakhirnya mesyuarat agung tahunan ke-16 syarikat itu pada 3 Jun. -BERNAMA © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →