Kanak-kanak empat tahun lemas di kolam resort Port Dickson

🏥 Sağlık 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Kanak-kanak empat tahun lemas di kolam resort Port Dickson

PORT DICKSON: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas ditemukan lemas di kolam renang resort hotel di Jalan Pantai, Batu 4, di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Ruslan Mat Kib, berkata pihaknya menerima aduan daripada Hospital Port Dickson pada jam 7.26 malam, berhubung kejadian itu. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa bersama tiga adik-beradikny

PORT DICKSON: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas ditemukan lemas di kolam renang resort hotel di Jalan Pantai, Batu 4, di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Ruslan Mat Kib, berkata pihaknya menerima aduan daripada Hospital Port Dickson pada jam 7.26 malam, berhubung kejadian itu. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa bersama tiga adik-beradiknya turun mandi di kolam renang resort berkenaan ditemani ibu mereka. "Keluarga ini datang dari Johor ke Port Dickson dan menginap selama dua hari satu malam di sebuah apartmen persendirian, di resort hotel berkenaan. "Mangsa disedari terjatuh ke dalam kolam oleh abangnya sebelum diselamatkan orang awam dan dibawa ke hospital oleh ibunya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.31 malam pada hari yang sama dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat lemas. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. © New Straits Times Press (M) Bhd

#hospital

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön