Penantian dua tahun Fakrul berakhir
KUALA TERENGGANU: Selepas dua tahun menanti, atlet olahraga negara, Muhammad Fakrul Afizul Nasir akhirnya berjaya menamatkan penantian itu apabila berjaya memadam rekod 400 meter (m) lari berpagar dengan catatan masa 50.73 saat (s). Lebih manis rekod itu dicipta selepas dia berjaya memadam rekodnya sendiri 51.11s yang dilakukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuching, Sarawak pada 2024. Fakrul mencipta sensasi itu selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Vars
KUALA TERENGGANU: Selepas dua tahun menanti, atlet olahraga negara, Muhammad Fakrul Afizul Nasir akhirnya berjaya menamatkan penantian itu apabila berjaya memadam rekod 400 meter (m) lari berpagar dengan catatan masa 50.73 saat (s). Lebih manis rekod itu dicipta selepas dia berjaya memadam rekodnya sendiri 51.11s yang dilakukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuching, Sarawak pada 2024. Fakrul mencipta sensasi itu selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Varsity Track & Field (VTF) 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu petang tadi. "Alhamdulillah rezeki saya dapat memecah rekod kebangsaan di Terengganu pada hari ini selepas sekian lama menanti detik manis itu. "Saya begitu puas, terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan semua yang terlibat atas kejayaan saya ini, kejayaan ini sudah membakar lagi semangat saya," kata Fakrul selepas menamatkan perlumbaan akhir itu. Menariknya catatan itu turut memadam rekod kejohanan, 52.77s yang baru sahaja dicipta rakan sepasukannya dari Universiti Putra Malaysia, Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar pada peringkat separuh akhir saingan di sebelah pagi. Aiman Najmi terpaksa berpuas hati menamatkan aksi final itu dengan meraih pingat perak menerusi catatan masa 51.49s. Pingat gangsa pula menjadi milik pelari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adib Irfan Azizan selepas mencatat masa 52.82s. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →