Macron sambut baik surat Zelensky, akui tiba masa berbincang dengan Moscow

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Macron sambut baik surat Zelensky, akui tiba masa berbincang dengan Moscow

TIVAT: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, hari ini menyambut baik gesaan pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky, supaya rundingan secara langsung diadakan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, malah turut mengakui sudah tiba masanya dialog dengan Moscow disambung semula. "Saya percaya kini terpulang kepada Ukraine dan Russia untuk mewujudkan gencatan senjata serta pelan damai. "Eropah boleh membantu dalam perkara ini," katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Kesatuan Eropah (E

TIVAT: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, hari ini menyambut baik gesaan pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky, supaya rundingan secara langsung diadakan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, malah turut mengakui sudah tiba masanya dialog dengan Moscow disambung semula. "Saya percaya kini terpulang kepada Ukraine dan Russia untuk mewujudkan gencatan senjata serta pelan damai. "Eropah boleh membantu dalam perkara ini," katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dan Balkan di Montenegro. Zelensky semalam mencadangkan pertemuan bersemuka dengan Putin menerusi sepucuk surat terbuka yang jarang diberikan kepada pemimpin Russia itu. Macron menyifatkan surat berkenaan sebagai 'satu inisiatif yang baik'. EU dan Jerman turut mengalu-alukan gesaan Zelensky supaya rundingan secara langsung diadakan dengan pemimpin Kremlin itu. Macron berkata, beliau mahu 'melihat ke hadapan dan membincangkan bagaimana dialog bersama dapat diwujudkan semula ke arah gencatan senjata dan keamanan'. "Saya fikir sekarang adalah masanya, berdasarkan situasi ketika ini," katanya. Perdebatan di Eropah mengenai usaha menghidupkan semula hubungan dengan Russia berhubung konflik di Ukraine semakin rancak selepas rundingan yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan pertempuran itu menemui jalan buntu. "Kami juga sangat berminat untuk menyusun perbincangan dan bertukar pandangan dengan Russia mengenai perkara yang menjadi kepentingan bersama. "Ini termasuk keselamatan kita sendiri, bagaimana kita wujud sebagai negara jiran dan sudah tentu, mempertahankan kepentingan Ukraine," katanya. Macron berkata, beliau akan bertemu Zelensky dalam tempoh beberapa hari akan datang. Beliau turut memaklumkan menjemput negara Barat yang terbabit dalam 'gabungan pihak yang bersedia' untuk menyokong sebarang perjanjian gencatan senjata ke Paris sempena sambutan Hari Kebangsaan Perancis pada 14 Julai depan. – AFP © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön