Yamal dinobat Pemain Terbaik La Liga

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Yamal dinobat Pemain Terbaik La Liga

BARCELONA: Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik La Liga musim ini. Pengiktirafan itu hadir selepas pemain berusia 18 tahun berkenaan memainkan peranan penting membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan liga domestik selain muncul antara tonggak utama skuad kendalian Hansi Flick sepanjang musim. Yamal turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama memena

BARCELONA: Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik La Liga musim ini. Pengiktirafan itu hadir selepas pemain berusia 18 tahun berkenaan memainkan peranan penting membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan liga domestik selain muncul antara tonggak utama skuad kendalian Hansi Flick sepanjang musim. Yamal turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan La Liga sebanyak tiga kali dalam satu musim. Lebih membanggakan, dia menamatkan kempen liga sebagai penjaring terbanyak Barcelona dengan 16 gol selain menyumbang 11 bantuan jaringan. Barcelona dalam kenyataannya menyifatkan Yamal sebagai ancaman utama kepada setiap benteng pertahanan lawan sepanjang musim. "Dia sentiasa menjadi masalah besar buat pertahanan lawan yang perlu bekerja keras untuk mengekang ancaman serangan Barcelona. "Selain statistik yang mengagumkan, Yamal menjaringkan 16 gol dan mencipta 11 bantuan jaringan, dengan tiada pemain lain di La Liga mencatat jumlah bantuan jaringan sebanyak itu," menurut kenyataan kelab berkenaan. Flick dalam pada itu juga dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik La Liga musim ini. Meskipun beberapa kali dibelenggu masalah kecederaan pangkal paha sepanjang musim, Yamal dijangka kembali cergas untuk memperkuatkan Sepanyol pada kempen Piala Dunia yang akan bermula minggu depan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön