AG mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah benarkan Majlis Peguam cabar DNAA Ahmad Zahid
PUTRAJAYA: Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengemukakan permohonan bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Peguam mencabar keputusan pendakwaan menghentikan semua prosiding lanjut terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi. Dalam notis usul yang difailkan semalam, Mohd Dusuki membangkitkan dua persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh mahkamah. Persoalan pertama ialah sama ad
PUTRAJAYA: Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengemukakan permohonan bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Peguam mencabar keputusan pendakwaan menghentikan semua prosiding lanjut terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi. Dalam notis usul yang difailkan semalam, Mohd Dusuki membangkitkan dua persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh mahkamah. Persoalan pertama ialah sama ada keputusan AG untuk tidak memulakan pendakwaan dan menghentikan sesuatu pendakwaan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan boleh dicabar menerusi semakan kehakiman. Jika persoalan itu dijawab secara afirmatif, apakah prasyarat atau ujian undang-undang yang perlu dipenuhi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan itu. Persoalan kedua ialah sama ada ujian dua peringkat yang ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes 'Sundra Rajoo Nadarajah lwn Menteri Luar Negeri, Malaysia & lain-lain' [2021] boleh dianggap sebagai 'ratio decidendi', iaitu prinsip undang-undang yang mengikat dan wajib dipatuhi oleh mahkamah lebih rendah. Mohd Dusuki turut memohon semua prosiding di Mahkamah Tinggi digantung sementara menunggu keputusan permohonan bagi kebenaran merayu itu. Ahmad Zahid, yang juga responden kedua dicadangkan dalam prosiding semakan kehakiman itu, telah memfailkan permohonan berasingan untuk mendapatkan kebenaran merayu pada 25 Mei lepas. Beliau mengemukakan lima persoalan undang-undang bagi menyokong permohonan kebenaran merayu mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Pada 7 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Majlis Peguam untuk mencabar keputusan AG pada 4 September 2023 yang menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid. Mahkamah memutuskan bahawa ia bukan bersifat remeh atau menyusahkan serta membangkitkan isu undang-undang yang boleh dipertikai dan wajar didengar melalui perbicaraan penuh. Mahkamah turut membenarkan Majlis Peguam untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan AG yang dipertikai, sekali gus mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 27 Jun 2024. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman apabila memutuskan bahawa ia gagal memenuhi prasyarat yang diperlukan. Majlis Peguam juga memohon deklarasi mahkamah bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) membenarkan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi adalah terbatal serta tidak sah. Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara berhasrat untuk menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid bagi meneliti bukti baharu. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →