Auddra mahu beri tumpuan kepada SPM selepas lancar single baharu
KUALA LUMPUR: Bakat remaja, Auddra Zulkifli mengambil keputusan memperlahankan kerjaya seni buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki, akhir tahun ini. Auddra akan berehat daripada sebarang aktiviti seni selepas melancarkan single terbaharu, bulan depan. "Selepas melancarkan single bulan depan, saya tidak akan terima sebarang tawaran kerja kerana mahu memberi fokus sepenuhnya kepada SPM. "Selepas selesai SP
KUALA LUMPUR: Bakat remaja, Auddra Zulkifli mengambil keputusan memperlahankan kerjaya seni buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki, akhir tahun ini. Auddra akan berehat daripada sebarang aktiviti seni selepas melancarkan single terbaharu, bulan depan. "Selepas melancarkan single bulan depan, saya tidak akan terima sebarang tawaran kerja kerana mahu memberi fokus sepenuhnya kepada SPM. "Selepas selesai SPM, barulah saya kembali aktif dan melakukan pelbagai perkara yang saya rancang. "Jadi selepas Julai, saya akan berehat dan menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga tamat SPM. Selepas itu, barulah saya membuat kemunculan semula," katanya ketika ditemui pada sesi media Kisah Bawah Tanah di ibu negara, kelmarin. Menurut Auddra, pendidikan tetap menjadi keutamaan meskipun kerjaya seninya kini semakin berkembang. "Tidak kisahlah siapa pun kita, SPM tetap penting dan perlu diambil. Saya juga mahu melakukan yang terbaik kerana semua ahli keluarga saya menduduki SPM, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikannya. "Saya tidak boleh menjadikan kerjaya sebagai alasan. Saya perlu duduki SPM dan memastikan memperoleh keputusan yang membanggakan," katanya. Auddra yang kini mengikuti pembelajaran secara 'homeschooling' selama empat hari seminggu mengakui keputusan beralih kepada sistem pendidikan itu pada awalnya tidak dipersetujui kedua-dua ibu bapanya, termasuk ibunya yang juga penyampai radio popular, Sharifah Shahira. "Pada mulanya, ibu bapa saya tidak bersetuju. Namun, saya tetap mahu mencuba dan mencadangkan supaya belajar secara 'homeschooling'. "Akhirnya mereka bersetuju, tetapi dengan syarat saya perlu belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan kemampuan menerusi keputusan SPM. "Mereka tidak meletakkan sasaran untuk saya memperoleh semua A. Asalkan lulus dan memberikan yang terbaik sudah memadai. "Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya dan cuba melebihi jangkaan mereka," katanya. Dalam pada itu, Auddra berkata, ibunya lebih tegas dalam memastikan dia tidak mengabaikan pelajaran walaupun tidak lagi mengikuti sistem persekolahan formal. "Sejak mengikuti 'homeschooling', mama menjadi lebih tegas. Dia akan memastikan saya bangun dan turun belajar. "Tidak kira sama ada guru hadir atau tidak, jika ada masa terluang saya perlu membuka buku dan mengulang kaji pelajaran," katanya. Sebelum ini, Sharifah Shahira pernah berkongsi bahawa anaknya itu tidak lagi mengikuti persekolahan formal, sebaliknya memilih pembelajaran di rumah. Ini berikutan minat Auddra lebih cenderung kepada bidang hiburan berbanding akademik sejak kecil. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →