Skuad Iran dapat visa sertai Piala Dunia

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Skuad Iran dapat visa sertai Piala Dunia

ISTANBUL: Skuad bola sepak Iran sudah diberikan visa untuk beraksi pada Piala Dunia, seperti disahkan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Turkiye, Tom Barrack menerusi hantaran di platform X, awal pagi tadi. "Saya bangga dengan pasukan cemerlang kami di Kedutaan AS di Ankara atas usaha memproses visa untuk skuad kebangsaan Iran dalam perjalanan mereka ke @FIFAWorldCup di Amerika Syarikat," katanya sambil mengulas laporan pemain Piala Dunia Iran sudah diberikan visa untuk memasuki A

ISTANBUL: Skuad bola sepak Iran sudah diberikan visa untuk beraksi pada Piala Dunia, seperti disahkan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Turkiye, Tom Barrack menerusi hantaran di platform X, awal pagi tadi. "Saya bangga dengan pasukan cemerlang kami di Kedutaan AS di Ankara atas usaha memproses visa untuk skuad kebangsaan Iran dalam perjalanan mereka ke @FIFAWorldCup di Amerika Syarikat," katanya sambil mengulas laporan pemain Piala Dunia Iran sudah diberikan visa untuk memasuki AS. "Sukan merentasi sempadan dan kami menantikan ketibaan peserta serta penyokong dari seluruh dunia," katanya lagi. Skuad Iran dijadual berlepas dari Turkiye ke Sepanyol hari ini sebelum meneruskan perjalanan ke kem latihan mereka di Mexico, yang turut mengeluarkan visa kepada pasukan itu dan dijangka tiba esok. Iran akan berpangkalan di Mexico sepanjang kejohanan di Amerika Utara itu, namun ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan mereka akan berlangsung di AS. Mereka pada asalnya merancang untuk berpangkalan di AS, namun menukar kem latihan ke Mexico susulan ketegangan antara kedua-dua negara berhubung konflik di Asia Barat. Kedua-dua negara berperang sejak AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada hujung Februari lalu, walaupun ketika ini gencatan senjata masih berkuat kuasa. Iran akan membuka kempen Piala Dunia menentang New Zealand di Los Angeles pada 16 Jun. Mereka kemudian akan berdepan Belgium, juga di Los Angeles, sebelum menentang Mesir di Seattle. – AFP © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön