Iran tegaskan pendirian terus sokong Hizbullah

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Iran tegaskan pendirian terus sokong Hizbullah

DUBAI: Iran mengulangi pendirian tegasnya untuk terus memberikan sokongan terhadap sekutunya di Lubnan, Hizbullah dan menuntut Israel berundur dari selatan Lubnan. Pendirian itu menambah kerumitan yang dihadapi dalam usaha mencapai perjanjian sementara bagi menamatkan konflik lebih luas antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, lapor Channel News Asia (CNA). Iran menjadikan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai syarat bagi sebarang perjanjian damai dengan Washingt

DUBAI: Iran mengulangi pendirian tegasnya untuk terus memberikan sokongan terhadap sekutunya di Lubnan, Hizbullah dan menuntut Israel berundur dari selatan Lubnan. Pendirian itu menambah kerumitan yang dihadapi dalam usaha mencapai perjanjian sementara bagi menamatkan konflik lebih luas antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, lapor Channel News Asia (CNA). Iran menjadikan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai syarat bagi sebarang perjanjian damai dengan Washington terutama menyelesaikan perang serantau yang kini memasuki bulan keempat serta membolehkan semula pelayaran melalui Selat Hormuz. Pusingan terbaru pertempuran antara Hizbullah dan Israel tercetus pada awal Mac, dua hari selepas AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran. Hizbullah berkata, tindakannya itu adalah sebagai tanda sokongan kepada Tehran. "Perang ini hanya akan berakhir apabila ia turut berakhir di Lubnan. "Pengakhiran perang di Lubnan mesti disertai pengunduran tentera Israel dari wilayah yang mereka duduki," kata Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, kepada stesen televisyen Lubnan, Al Mayadeen, lewat semalam. Kenyataan itu dibuat selepas pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, menolak perjanjian yang diusahakan AS membabitkan Israel dan kerajaan Lubnan untuk menghentikan pertempuran di Lubnan. Penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Mohsen Rezaei, berkata Hizbullah telah 'melakukan pengorbanan besar dalam perang yang tercetus baru-baru ini dan kekal sekutu negara itu. "Oleh itu, kami menyokong Hizbullah dan kekal komited sepenuhnya terhadap tanggungjawab kami kepadanya," katanya. Dalam kenyataan yang dipetik agensi berita separa rasmi, Mehr, beliau memberi amaran kepada Israel supaya tidak meneruskan ancaman untuk menyambung semula serangan ke atas ibu negara Lubnan, Beirut. "Hari ini kami sekali lagi memberi amaran kepada rejim yang zalim ini supaya meninggalkan Lubnan. Mereka perlu tahu bahawa Lubnan akan menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada sebarang perjanjian dangencatan senjata, " katanya. - AGENSI © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön