Hakim Danish kelima Q1 GP Hungary

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Hakim Danish kelima Q1 GP Hungary

KUALA LUMPUR: Impian pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli untuk mara ke sesi kelayakan kedua (Q2) Grand Prix (GP) Hungary tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan sesi Q1 di kedudukan kelima, hari ini. Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSI itu mencatat masa terbaik 1 minit 46.949 saat (s), sekali gus menyaksikannya akan memulakan perlumbaan utama dari petak ke-19 esok. Hakim hanya ketinggalan 0.717s berbanding pelumba terpantas sesi, David Almansa dari Sepanyol ya

KUALA LUMPUR: Impian pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli untuk mara ke sesi kelayakan kedua (Q2) Grand Prix (GP) Hungary tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan sesi Q1 di kedudukan kelima, hari ini. Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSI itu mencatat masa terbaik 1 minit 46.949 saat (s), sekali gus menyaksikannya akan memulakan perlumbaan utama dari petak ke-19 esok. Hakim hanya ketinggalan 0.717s berbanding pelumba terpantas sesi, David Almansa dari Sepanyol yang mencatat masa 1:46.686s untuk muncul juara Q1 dan mengesahkan tempat ke Q2. Tempat kedua menjadi milik seorang lagi pelumba Sepanyol, Maximo Quiles dengan catatan 1:45.750s, manakala Brian Uriarte melengkapkan kelompok tiga terbaik menerusi masa 1:46.323s. Jika dibandingkan dengan tiga pelumba teratas itu, Hakim hanya dibezakan 0.626s dengan Almansa, 1.199s di belakang Quiles dan 0.626s berbanding Uriarte, menunjukkan jurang masa yang tidak terlalu besar dalam saingan sengit sesi kelayakan berkenaan. Pelumba negara itu sebenarnya berada dalam kedudukan berpotensi untuk memperbaiki catatan masa pada penghujung sesi, namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan selepas dipercayai terhalang oleh rakan sepasukannya ketika sedang melakukan pusingan terpantas terakhir. Situasi itu menyebabkan Hakim gagal memaksimumkan peluang untuk memperbaiki kedudukannya sekali gus menutup peluang mara ke Q2. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön