Terima kasih lindungi Jaslinda: PM

📰 Gündem 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Terima kasih lindungi Jaslinda: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat, sukarelawan serta penduduk Orang Asli di Lubuk Gaharu, Tapak, Perak atas usaha mereka dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang berjaya menemukan pendaki, Jaslinda Saludin, dalam keadaan selamat. Beliau berkata, kejayaan itu hasil tindak balas pantas serta kerjasama bersepadu semua pihak yang terbabit dalam operasi berkenaan. "Alhamdulillah, saya bersyukur. Terima

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat, sukarelawan serta penduduk Orang Asli di Lubuk Gaharu, Tapak, Perak atas usaha mereka dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang berjaya menemukan pendaki, Jaslinda Saludin, dalam keadaan selamat. Beliau berkata, kejayaan itu hasil tindak balas pantas serta kerjasama bersepadu semua pihak yang terbabit dalam operasi berkenaan. "Alhamdulillah, saya bersyukur. Terima kasih kepada sukarelawan dan pasukan penyelamat serta komuniti Orang Asli di Lubuk Gaharu yang membantu dan melindungi Jaslinda," katanya menerusi hantaran di platform X, hari ini. Terdahulu, dilaporkan Jaslinda, 49, yang hilang ketika melakukan pendakian di kawasan Gunung Batu Putih ditemui selamat. Penyelaras sukarelawan Orang Asli, Chew Ho Beng, memberitahu Berita Harian bahawa mangsa ditemui penduduk kampung di penempatan Orang Asli Lubuk Gaharu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan penemuan itu. Jaslinda antara 14 pendaki dan dua malim gunung yang memulakan pendakian Trans-Spencer-Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedong–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh. Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan menghentikan pendakian. Bagaimanapun, eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan pendakian ke puncak dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu. © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön