Shereen raih emas, Umar perak
KUALA LUMPUR: Pelari pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabouy meneruskan prestasi cemerlangnya apabila meraih pingat emas acara 400 meter (m) wanita di Terbuka Olahraga New Taipei City 2026, Taiwan, hari ini. Lebih membanggakan, kejayaan itu hadir selepas Shereen memperbaharui catatan terbaik musim (SB) miliknya sebanyak dua kali dalam tempoh sehari. Pada aksi separuh akhir sebelah tengah hari, atlet berusia 26 tahun itu mencatat masa 53.85 saat (s) untuk memperbaharui S
KUALA LUMPUR: Pelari pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabouy meneruskan prestasi cemerlangnya apabila meraih pingat emas acara 400 meter (m) wanita di Terbuka Olahraga New Taipei City 2026, Taiwan, hari ini. Lebih membanggakan, kejayaan itu hadir selepas Shereen memperbaharui catatan terbaik musim (SB) miliknya sebanyak dua kali dalam tempoh sehari. Pada aksi separuh akhir sebelah tengah hari, atlet berusia 26 tahun itu mencatat masa 53.85 saat (s) untuk memperbaharui SB miliknya sebelum sekali lagi meningkatkan prestasi pada perlumbaan akhir. Di pentas final, Shereen tampil lebih meyakinkan apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 52.73s untuk menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara. Catatan itu bukan sahaja memastikan kedudukannya di tempat pertama, malah membuktikan peningkatan konsisten yang dipamerkan oleh pelari kelahiran Perak itu sepanjang musim ini. Shereen yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 400m wanita dilihat semakin hampir mencapai tahap prestasi terbaiknya menjelang beberapa kejohanan penting yang bakal dihadapi selepas ini. Kontinjen negara turut menambah koleksi pingat menerusi Umar Osman yang meraih pingat perak acara 400m lelaki dengan catatan 46.42s pada final. Sebelum itu, Umar mencuri tumpuan apabila memecahkan rekod kebangsaan miliknya menerusi catatan 45.73s pada peringkat separuh akhir. Sementara itu, Armin Zahryl menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 110m lari berpagar lelaki selepas mencatat masa 13.87s. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →