PPP hasrat tanding empat kerusi di PRN Johor, Negeri Sembilan
JOHOR BAHRU: Parti Progresif Penduduk (PPP) menyatakan hasrat bertanding masing-masing dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan DUN Negeri Sembilan. Presidennya, Datuk Dr Loga Bala Mohan, berkata hasrat itu sudah disampaikan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam. Bagaimanapun, beliau berkata, semua keputusan diserahkan kepada Onn Hafiz dan sokongan tidak berbelah bahagi akan terus diberikan kepada BN wal
JOHOR BAHRU: Parti Progresif Penduduk (PPP) menyatakan hasrat bertanding masing-masing dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan DUN Negeri Sembilan. Presidennya, Datuk Dr Loga Bala Mohan, berkata hasrat itu sudah disampaikan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam. Bagaimanapun, beliau berkata, semua keputusan diserahkan kepada Onn Hafiz dan sokongan tidak berbelah bahagi akan terus diberikan kepada BN walaupun tidak berjaya mendapatkan dua kerusi DUN untuk ditandingi itu. "Memang kita ada berbincang dengan BN dan kita juga berharap akan dapatlah perhatian BN. Bagaimanapun, kita faham kalau sudah kesuntukan masa, kita tidak akan buat 'demand', kalau BN rasa kali ini bukanlah masanya, kita tetap beri keyakinan, kita akan bantu mereka untuk memenangkan BN. "Kita minta dua kerusi tetapi kita tidak akan 'pressure' beliau (Onn Hafiz), kita berserahlah, tengok macam mana beliau agihkan, beri ruang untuk beliau buat keputusan. "(Jika tidak dapat kerusi) Kita tidak akan jadi budak-budak, nak merajuk ke, tidak, sebab kepentingan dan keutamaan kita adalah rakyat yang sudah rasa tertekan sekarang," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP Keenam, di sini hari ini. Pada masa sama, Loga Bala berkata, parti itu turut berhasrat untuk bertanding di dua kerusi DUN PRN Negeri Sembilan. Mengulas mengenai mesyuarat berkenaan, beliau berkata, pihaknya berbincang mengenai perkembangan sokongan mereka kepada BN, selain isu di Johor. "Kita telah mendapat maklum balas daripada rakyat bahawa mereka mahu BN kembali menjadi kerajaan kerana mereka rasa BN adalah satu parti yang boleh membawa kejayaan dan pembangunan untuk mereka," katanya. Beliau berkata, PPP sudah memulakan persiapan menghadapi PRN seawal Mac lalu dan akan mengagihkan tugas kepada Ahli Majlis Tertinggi bagi membantu PRN Johor dan Negeri Sembilan. "Ada permintaan daripada Pengerusi BN Johor (Onn Hafiz) untuk PPP memberi tumpuan kepada beberapa kawasan, jadi kita akan beri tumpuan kepada kawasan-kawasan itu, kita akan gunakan jentera kita untuk bantu BN," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →