Jabatan Insolvensi, GITC meterai MoU bantu individu bankrap dapat peluang kedua dalam kerjaya
PUTRAJAYA: Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Koordinasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Kerajaan-Industri (GITC) bertujuan memberi peluang kedua kepada individu bankrap memperoleh pekerjaan berasaskan kemahiran dan kelayakan mereka. Ketua Pengarah Mdl, Datuk Ishak Bakri, berkata melalui pemeteraian MoU itu di sini, hari ini, individu bankrap tidak disisihkan dengan mengambil kira realiti semasa yang men
PUTRAJAYA: Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Koordinasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Kerajaan-Industri (GITC) bertujuan memberi peluang kedua kepada individu bankrap memperoleh pekerjaan berasaskan kemahiran dan kelayakan mereka. Ketua Pengarah Mdl, Datuk Ishak Bakri, berkata melalui pemeteraian MoU itu di sini, hari ini, individu bankrap tidak disisihkan dengan mengambil kira realiti semasa yang menyaksikan mereka sukar diterima bekerja kerana status terbabit. "MoU ini datang daripada idea saya sendiri yang mana kita mahu jabatan ini kekal relevan dengan keadaan semasa. "Sebab itu, kita bekerjasama dengan industri TVET untuk bantu individu bankrap berdepan kesukaran terutama yang bekerja sendiri... biasanya mereka sukar dapat pekerjaan. "Melalui kerjasama ini, individu bankrap misalnya dapat salur kemahiran mereka ada ke sektor TVET. "Saya percaya dari segi pentadbiran insolvensi di dunia, kita yang pertama sedia platform memudahkan ruang pekerjaan kepada orang bankrap...tidak ada di negara lain, " katanya kepada BH selepas Majlis Menandatangani MoU dan Surat Hasrat (LOI) antara GITC dengan rakan strategiknya membabitkan industri dan agensi kerajaan di Dewan Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini. Antara pihak lain yang menandatangani MoU itu adalah Majlis Belia Malaysia dan Elmuleb Sdn Bhd. Pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Pengerusi GITC, Tan Sri Soh Thian Lai. Mengulas lanjut, Ishak berkata, melalui MoU itu, MdI akan berkongsi data individu dilepaskan dan belum dilepaskan di bawah umur 40 tahun yang berminat secara sukarela menyertai program ditawarkan kepada GITC. "Individu bankrap boleh mengikuti program latihan dan pensijilan kemahiran melalui institusi TVET. "Selain mengikuti program pembangunan kerjaya dan peningkatan kemahiran, mereka juga sertai program kesedaran serta peluang pekerjaan bagi pemulihan sosioekonomi individu bankrap," katanya. Ishak berkata MoU itu dimeterai selama setahun berkuat kuasa hari ini dan boleh diperbaharui menerusi persetujuan kedua-dua pihak. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →